Thursday 27 December 2012

PROMOSI AKHIR DAN AWAL TAHUN..

Sempena pembukaan sekolah pada awal tahun 2013 ini saya ingin membuat promosi produk terkemuka untuk pembelajaran yang efektik dan sistematik iaitu SCORE A..
Pada harga pasaran satu set bernilai RM798 tetapi saya hanya menjual dengan harga RM550 dan boleh membuat tawar-menawar..
Sekiranya membeli dua set produk SCORE A ini,harga akan dikurangkan kepada RM500 untuk satu set..Memang murah..Cepat sementara stok masih ada..
Produk ini sememangnya berkesan dan senang untuk digunakan..Hanya memerlukan komputer dan line internet, anak anda boleh belajar dengan tenang dirumah..Sistem yang digunakan bersesuaian dengan teknologi semasa..
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi dan mesej di 60142958094..              


Thursday 20 December 2012

Cara Membuat Gam Kanji Yang Betul

projek akhir taun aku kali ni aku kena wat kerusi daripada surat khabar lama nama sainstifik dye ON CHAIR makna korang pikir2 kn la....untuk menjadikan cerita aku pun search la kat tenet cara buat gam kanji..dan dpat la info macam kat bawah nii..

Ramai kawan2x tanya bagaiman hendak membuat gam kanji,  kerana nk jimat ckit la tuu.....
Mari lihat tips dibawah:


>gunakan tepung kanji atau tepung ubi , tetapi jika tidak mempunyai tepung tersebut anda boleh gunakan tepung beras atau tepung gandum.


>Sediakan mangkuk untuk meletak tepung tersebut.


>Selepas itu , curahkan sedikit air suam dan kacaukan sehingga tepung itu sebati  tetapi semasa kita mengacau tepung tersebut , kita mesti  panaskan kuali atau periuk untuk persediaan awal bagi pengguna.


>Setelah sebati , tuanglan tepung tersebut di dalam kuali yang panas dan mengacaunya sehingga kelihatan seperti lendir dan pastikan ia siap dengan baik.

Selamat Mencuba....!!!

aku pun dengan excited nya pegi la beli tepung ubi  n try la kat umah..mula2 aku letak air skit dan tepung plak bnyak macam nk wat cekodok..gaul2 pastu ada mende pelik berlaku kat adunan tu..dia jadi keras tapi luaran nmpak lembut..aku saran korang test la..pastu masak kat dalam kuali panas..errmmm nampak macam nak jadi, last2 jadi kueh aku nyew gam..hampeh nyew resepi..

esoknya tanpa putus asa aku search lg resepi yg betul3 punya..bnyak gak page aku jmpe resepi yg sama ngan atas..aku mule naik angin tapi cuba gak cari smpai la trjmpe satu blog cerita pasal nk lkat plaster dinding...aku bace la smpai abis..katenye pke gam plaster dinding x lekat so dia pon buat la gam kanji..

"Ni la pengganti gam tadi, sib bek la ada sorang kawan dalam fesbuk dok kongsi camana dia gam kertas dinding. Hah ko guna jer gam kanji, masak sendiri jer, melekat kuat. Murah jer sebungkus tepung ubi kayu baru RM1.60 je ko, menangis la kalau kilang gam tau ni....muahahahah... Senang je buat gam kanji ni air 500ml pastu 4 sudu tepung ubi masak la sampai masak....dah siap leh makan...eh eh guna untuk menampal kertas dinding tadi...."

aku pon try la..ikut setiap step yg dia tulis sbb takut fail lg..
Alhamdulillah kali berjaya dengan success nya..hahaha, kecoh satu rumah macam ayam bertelur riuh sekampung..dan aku mulalah menampal surat khabar lama tu jadi kerusi..

Saturday 15 December 2012

Suasana Mekah Al-Mukarramah

Saksikan suasana di Al Makkah Al Mukarramah di awal bulan Safar 1434 Hijrah. Snapshot diambil pada waktu zohor 2 Safar 1434. Suasana lengang. Tonton suasana di Makkah LIVE klik sini..

Belajar Bahasa Korea (Asas Bertegur dan Perbualan)

 Di sini ialah beberapa perkataan dan ungkapan yang berguna dalam setiap kehidupan seharian





Perkara Ghaib Yang Perlu Kita Ketahui

Assalamualaikum..

Saya ingin berkongsi ilmu yang amat penting untuk semua umat Islam dimuka bumi ini.Harap dapat luangkan masa untuk membaca dan mengambil iktibar dan pengajaran dari pengisian tersebut..Selamat membaca semua..

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat y
ang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Kredit : Pengukir Kata

First Experience Amik Lesen




Assalamualaikum semua..
15/12/2012  
Hati penuh dengan debaran sebab ari ni first time amik lesen..punya la awal bgun sebab klas start pukul 8.00 pg..siap2 dalam pkul 7.30 ingatkn awal lg, bru nak suap roti dalam mulut tiba2 bunyi hon..ingatkn sape..rupenya kereta dari pusat memandu dah ade kat dpan umah..kempunan nak sarapan pg ni..

Sesampai je kat tempat latihan kena daftar dulu(kerja plg leceh penah aku buat sbb kena beratur)..sampai je turn aku, ic aku wat penyakit dia plak..ic xleh scan oleh scanner yg pling tercanggih ditempat tu..akak kerani tu geram xtentu pasal n dia sruh aku beratur kat kaunter sbelah..Angin betoi aku pagi2 ni, dah la brisan panjang giler..SABOR JE LA..

Masuk je klas dah rmai pljar2 yang nak amik lesen..aq pon g la daftar kat meja dpan n duk kat dpan skli nak focus la ktekan..haha..bajet bes je..sejam setengah jugak la aku mentelaah ape yg disampaikan..sesi kedua plak menyusul n kena wat bende yg sama iaitu kne scan ic n cap jari..abis seme serapah aku bace kat ic supaya dapat scan..erm haramm xdapt jugak..last2 akak kerani tu pakai kad biru dia..nasib bek la lpas kali ni..(tekad lpas ni nak buat IC baru)

Sesi yang kedua test kenderaan n ckgu kat sana ajar cmne nak kendalikn kenderaan tu..seme pljr beri spnuh perhatian khusyuk la ktekan..pastu tiba la giliran aku plak nak bawak kenderaan tu..excited sangat2 sebab kawan2 seme citer pasal diaorang amik lesen..tgah2 aku wat latihan tu mati plak kenderaan tu..dah la kat tengah2 jalan plak tu..malu giler aku waktu, cepat2 aku hidupkan n follow arahan ckgu kat situ..yg pling aku xtahan nye dalam 3 ke 4 kali jgak la kenderaan aku tuu mati kat tgah jalan..mgkin sakit kot atau aku xreti kendalikan mende tu..haha

Dalam sejam setgah jugak la aku main ronda2 kat dalam tu..excited la ktekan..hahaha..bnyak jgak step yg kne ingat supaya nnt time test ngan JPJ x kelam kabut..selesai je latihan trus aku g cap jari n blah blik rumah..untuk pengetahuan korang lesen yang aku amik ni motor je pun..hahahahaha..malu siot..

Friday 14 December 2012

Belajar Bahasa Korea


Sistem Nombor 


Dalam Bahasa Korea terdapat dua set nombor yang mana digunakan apabila pengiraan, set pertama diketahui sebagai nombor-nombor asli Korea, dan lagi satu ialah Sino-korean yang mana berdasarkan kepada nombor Cina.
Penggunaan nombor-nombor ini bergantung kepada konteks di mana ia digunakan, misalnya nombor-nombor asli Korea digunakan apabila pengiraan jam , dan Sino-korean apabila digunakan untuk mengira minit masa.

Uniknya, Korea asli hanya berada dalam lingkungan 1 – 99, kerana angka selepas itu menggunakan sistem no. Sino-Korea. Ini bermakna, Korea Asli tidak mempunyai sistem nombor selepas angka 99.


Korea Asli:
Untuk menyebut angka 11, ianya adalah열하나 (yeolhana).

Formula: 10 () + 1 (하나) = 11 (열하나)


Sino-Korea:
Untuk menyebut angka 32, ianya adalah
삼십이 (samship-i).

Formula: 3 () x 10 () + 2 ()

Thursday 13 December 2012

Waktu Yang Sesuai Untuk Memotong Kuku....



RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ; 

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
 

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
 

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
 

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
 

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
 

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
 

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk 

kepadanya rahmat daripada Allah Taala.



  1. Mulakan memotong kuku dengan jari tangan kanan dan kemudian diikuti dengan jari tangan sebelah kiri, mengikut tertib.Islam memberatkan amalan tertib supaya usaha yang dibuat menjadi, berkualiti dan dapat memberi khasiat. 'Tertib' bermaksud melakukan mengikut peraturan, iaitu perkara yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan. Contohnya, jika kita menggoreng ikan, kita akan tuang minyak terlebih dahulu, kemudian bila dah panas minyak barulah masukkan ikan...Apa jadi kalau tak ikut peraturan, masuk ikan dahulu baru tuangkan minyak? Sudah pasti hasilnya tak menjadi.

  2. Cara memotong kuku tangan dan kuku kaki yang dituntut dalam Islam adalah seperti gambar Pilihan A atau Pilihan B. Sangatlah elok jika kita dapat meluangkan masa sejenak untuk merujuk dan membaca gambarajah di atas, apakah amalan yang kita lakukan selama ini serupa atau tidak. Itulah yang saya belajar dari Ustazah Datin Aminah di Masjid Al Falaq, Subang Jaya. Kalau tak silap saya, buku rujukan yang digunakannya ialah Bingkisan Mutiara. Selama ni tak berapa nak ambil berat sangat tentang kaedah potong kuku ni....tapi rupanya ada fadilat yang tersirat. Apa2pun kenalah berhijrah lepas ni.

  3. Kaedah2 yang ditunjukkan tu harus menjadi amalan dalam kehidupan kita umat Islam supaya kita sentiasa dipelihara oleh Allah di dalam keselamatan dan dijauhi dari kepapaan, pelbagai penyakit seperti sopak, gila dan sakit mata.

  4. Makruh menyimpan kuku panjang walaupun satu jari. Kuku yang panjang masih tidak dikira suci dan bersih kerana di situlah tempat syaitan bertenggek dan melindungi diri. Jika jari tak bersih bermakna seluruh badan kita masih belum dianggap bersih. Malaikat akan turun mendekati manusia sekiranya tubuh badan manusia itu bersih. Renung2kanlah diri kita ni ...

  5. Lakukan memotong kuku seminggu sekali, sebaik2nya pada hari2 tertentu sahaja. Kelebihannya adalah untuk mendapat pahala dan menghindari diri dari sebarang penyakit kecuali sakit mati. 

Belajar Bahasa Korea


Adakah atau Ada
Kata kerja Korea yang bermaksud salah satu "adakah" dan "ada" ialah issoyo (
어요 ) 
Ia bergantung atas konteks di mana anda guna perkataan itu , dan tentang apa anda cakapkan. Kata kerja utama ialah  
iss dengan tambahan o dengan ayat bersopan yo , oleh itu membentuk akhirannya oyo. Bagaimanapun dalam kes ini di mana kata kerja utama berakhir dalam huruf  vokal, kami guna satu atau o, seperti ayo. 
Kata kerja utama dengan vokal  -
yo
Kata kerja utama dengan konsonan  -
ayo jika terakhir vokal berakhir dengan a atau o
Kata kerja utama dengan konsonan  -
oyo


Dalam konteks berlawanan bagi
iss ialah ops yang bermaksud "tiada" atau "tidak ada".

Menggunakan kata kerja
chogi issoyo bermaksud "ia ada di sebelah sana", atau "ia di sebelah sana" 
Issoyo ianya sendiri boleh bermaksud "Saya mempunyai / dia mempunyai"
Opsoyo bermaksud  "Saya tidak mempunyai" atau "Saya tidak dapat"

Dalam sebuah kedai

Bila mengajukan kepada pekedai atau pelayan, rakyat Korea guna ajossi bermaksud pakcik, tetapi digunakan dalam kawasan umum apabila menujukan pada seseorang dalam sebuah kedai.
Bagaimanapun jika ia akan digunakan dalam satu cara formal, ia hanya untuk rujukan seorang lelaki,
Untuk perempuan perkataan makcik dipanggil 
ajumma digunakan,kepada wanita yang melebihi 35 tahun, dan untuk wanita yang lebih muda ialah agassi.

Dalam Bahasa Korea, mereka  guna ayat yang mengikuti satu kata nama, seperti na-do (saya juga).
Dalam bahasa Inggeris, ia bertentangan, mereka akan berkata 'dengan saya', manakala orang Korea ialah 'saya dengan'. 


Menggunakan 'DAN'
Dalam Bahasa Korea, perkataan untuk dan ialah
hago, ini ialah satu ayat jadi apabila ia digunakan ia mesti disambung kepada satu kata nama. Misalnya, apabila anda mengatakan 'burger dan kerepek', dalam Korea adalah 'kerepek hago burger . Perkataan hago menjadi sebahagian daripada burger.
Perkataan 
hago boleh juga bermakna dengan ,contoh ayat,Doojin-hago shinae-e kayo bermaksud 'Saya akan pergi ke bandar dengan Doojin'.


Pesanan dengan nombor
Bila meminta 'satu' barang mereka mengatakan '
hana' yang mana dikatakan selepas kamu beri arahan untuk memilih hidangan kamu. Misalnya mereka akan berkata, soju hana chuseyo  bermaksud "tolong berikan satu soju".
Perkataan 
chuseyo menggunakan perkataan awal  yang sopan iaitu yo,digabungkan dengan chu, yang bermaksud "tolong berikan saya"

Berita Di Palestin


Rundingan pertukaran merupakan jalan untuk membebaskan para tahanan GAZA




Ketua biro politik Hamas, Khaled Mishaal bertekad untuk membebaskan para tahanan Palestin dari penjara rejim Israel melalui penangkapan tentera Israel dan melaksanakan rundingan pertukaran tahanan.
Ia dinyatakan dalam ucapannya pada Ahad ketika mesyuarat bersama puluhan keluarga kepada tahanan, keluarga para syuhada, mereka yang cedera dan juga tokoh-tokoh kebangsaan di Gaza.
Mishaal menyeru semua pihak di Palestin agar mengambil tanggungjawab untuk mengakhiri perpecahan dan mencapai perdamaian berasaskan rasa hormat terhadap para pejuang Palestin, demikian katanya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/

Tentera Israel Musnah Rumah di Baitulmuqaddis dan Kemudahan Lain di Nablus




Sebuah rumah di kejiranan Tur dekat Wilayah diduduki, Baitulmuqaddis telah dirobohkan oleh sebuah jentolak tentera Israel, pada pagi Selasa atas alasan ia dibina tanpa permit dan telah memukul jurugambar Jerusalemite ketika sedang membuat liputan tentang kejadian tersebut.
Sumber tempatan memberitahu pemberita di kota suci tersebut, bahawa jentolak milik Majlis Perbandaran Israel di Baitulmuqaddis telah merobohkan banggunan dua tingkat yang berkeluasan 90 meter persegi, milik Mohammed Abu Hawa yang dikatakan dibina tanpa permit.
Sumber tersebut menyatakan pertempuran tercetus semasa proses merobohkan banggunan tersebut diantara penduduk tempatan dan tentera Israel yang mengiringi jentolak tersebut, namun tiada kecederaan dan tangkapan dilaporkan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/

Marilah Kita Rakyat Malaysia Membantu Saudara Kita Di Palestin



Sepertimana yang korang tau sekarang ni saudara kita di Palestin sedang ditindas dan dizalimi oleh kaum yang paling kejam dimuka bumi sekarang iaitu Zionis Laknatullah..
Setiap hari ada je berita saudara kita di bom dan dibunuh tanpa mengira usia termasuklah kanak-kanak yang baru mengenal dunia..Tidakkah  korang semua tak terasa penderitaan saudara kita disana..Memang kita tau sekarang, Palestin dan Israel telah melakukan genjatan senjata itu sebab daripada ketakutan zionis terhadap kejayaan serangan yang dilakukan oleh Al-Qassam..Zionis tak dapat nak menangkis semua peluru berpandu yang ditembak oleh Al-Qassam dan sistem pertahanan yang digunakan oleh Israel memang canggih tetapi mempunyai kelemahan dari segi kos pengeluaran peluru mereka sangatlah mahal..

Mesti korang tertanya kenapa saya letak gambar Maher Zain plak kat sini..Ok sebenarnya Maher Zain telah menjalankan jualan besar-besaran di seluruh dunia untuk mendapatkan dana yang mencukupi untuk membantu saudara di Palestin..Untuk menderma korang hanya perlu membeli Album terbaru beliau pada harga RM10.00 satu..Hasil jualan 100% akan disalurkan kepada dana tabung bantuan yang akan diberikan kepada rakyat Palestin..Satu badan organisasi telah ditubuhkan untuk menggerakkan penjualan di seluruh Malaysia..Kalau korang pergi jalan kat mana-mana dan bertemu dengan jualan Album ini ambillah peluang keemasan ini..Album ini memang lagu terbaru dari Maher Zain iaitu:
11.       Ku Milik-Mu
22.       Number One For Me
33.       Mawlaya
44.       My Little Girl
55.       Forgive Me
66.       One Big Family
77.       Assalamu Alayka
88.       Paradise
99.       Masha Allah
110.   Radhitu Billahi Rabba
111.   Freedom
112.   So Soon
313.   Muhammad
114.   Tuntunku Kepada-Mu

Larangan Memakai Jilbab




Kisah tentang larangan jilbab bagi anak muda Seorang pemuda baru saja baru sahaja pulang kerumah. Ia sendirian dibiliknya melepas lelah sambil menatap langit yang membiru. Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2 meletihkan. Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu tua dengan anaknya.

Anak : Ibu..

Ibu : Hmmm ?

Anak : BU !

Ibu : APA ?

Anak : Mmm, anu ... tadi saya ke masjid dengar ceramah.. Ibu dengarlah ni !

Ibu : IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasuk kan benang kejarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu sudah nak rabun...

Anak : Bu !

Ibu : Apa dia ? cakap ajelah, Yang ?

Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal jilbab. Katanya pakai jilbab itu wajib.Ibu, Mulai sekarang saya mau pakai jilbab. Boleh tak Bu.. ?

Ibu : Jangan ...

Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.

Anak : Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa, Bu.Boleh ya, saya mau pakai jilbab ?

Ibu : Kan ibu kata JANGAN ...

Anak : Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai jilbab kerana kerana kita orang islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya.. betul tak bu...? Bolehlah bu..

Ibu : TIDAK !

Anak : Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai jilbab ? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.

Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !

Anak : Jadi Ibu melarang saya nih... Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua,kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.

Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan, JANGAN !!!

Anak : WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI JILBAB. MUKTAMAD!

Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !

Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !!

Ibu : J A N G A N !!!

Anak : J I L B A A A A A A B !!!!

Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar bilik untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk .... namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu ...

Ibu : KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH! KAMU KAN LAKI-LAKI... ..

Pemuda, Si jiran sebelah pun berlalu ..dengan langkah yang longlai

-adamshatubii-

Belajar Bahasa Korea



Sebutan Nama Korea
Secara umumnya, nama-nama orang Korea terdiri daripada 3 suku kata. Bahagian pertama ialah nama panggilan ( seperti Kim, Lee dan Pak ), dan di ikuti oleh nama sebenar dua suku kata. Dekat Korea, nama keluarga mesti sebut dulu yang mana bertentangan nama barat seperti Doojin Pak manakala Orang Korea sebut Pak Doojin.
Bila anda memanggil kepada seseorang yang anda sangat kenal, maka anda mungkin boleh memanggil mereka secara terus, seperti menggunakan nama panggilan mereka. Namun ketika anda memperkenalkan kepada seseorang dengan yang tak rapat, atau bertemu buat kali pertama, maka anda akan menambah ssi bagi penghujung namanya. Contohnya Doojin-ssi

Ayat-ayat Sopan
Dengan hujung kata kerja yang berakhir  dengan huruf-huruf vokal seperti ka, ha dan sa, anda perlu dengan menambahkan yo bagi penghujung perkataan, seperti Kayo ( yang bermaksud "pergi", atau "Saya pergi" atau "dia pergi" ). Kata kerja dalam gaya bersopan boleh digunakan untuk ayat kenyataan, soalan, cadangan atau perintah, dan boleh ditekankan oleh nada suara anda. Misalnya, Chal Chinaessoyo boleh jadi soalan dengan bertanyakan bagaimana kesihatan seseorang, atau  satu soalan yang menyatakan bahawa anda sihat. Satu lagi contoh ialah Annyong Haseyo.

Wednesday 12 December 2012

Bersua Kembali

Assalamualaikum..

agak lama la x update blog ni..rase sunyi plak tgok blog ni tanpa update..
biasala klu dah malas sgat nak bukak laptop..
Apa2 pun saya akan sambung blik ilmu yang ada kat blog ni..
untuk mggu ni saya akan sambung belajar Bahasa Korea..