Thursday, 27 December 2012

PROMOSI AKHIR DAN AWAL TAHUN..

Sempena pembukaan sekolah pada awal tahun 2013 ini saya ingin membuat promosi produk terkemuka untuk pembelajaran yang efektik dan sistematik iaitu SCORE A..
Pada harga pasaran satu set bernilai RM798 tetapi saya hanya menjual dengan harga RM550 dan boleh membuat tawar-menawar..
Sekiranya membeli dua set produk SCORE A ini,harga akan dikurangkan kepada RM500 untuk satu set..Memang murah..Cepat sementara stok masih ada..
Produk ini sememangnya berkesan dan senang untuk digunakan..Hanya memerlukan komputer dan line internet, anak anda boleh belajar dengan tenang dirumah..Sistem yang digunakan bersesuaian dengan teknologi semasa..
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi dan mesej di 60142958094..              


Thursday, 20 December 2012

Cara Membuat Gam Kanji Yang Betul

projek akhir taun aku kali ni aku kena wat kerusi daripada surat khabar lama nama sainstifik dye ON CHAIR makna korang pikir2 kn la....untuk menjadikan cerita aku pun search la kat tenet cara buat gam kanji..dan dpat la info macam kat bawah nii..

Ramai kawan2x tanya bagaiman hendak membuat gam kanji,  kerana nk jimat ckit la tuu.....
Mari lihat tips dibawah:


>gunakan tepung kanji atau tepung ubi , tetapi jika tidak mempunyai tepung tersebut anda boleh gunakan tepung beras atau tepung gandum.


>Sediakan mangkuk untuk meletak tepung tersebut.


>Selepas itu , curahkan sedikit air suam dan kacaukan sehingga tepung itu sebati  tetapi semasa kita mengacau tepung tersebut , kita mesti  panaskan kuali atau periuk untuk persediaan awal bagi pengguna.


>Setelah sebati , tuanglan tepung tersebut di dalam kuali yang panas dan mengacaunya sehingga kelihatan seperti lendir dan pastikan ia siap dengan baik.

Selamat Mencuba....!!!

aku pun dengan excited nya pegi la beli tepung ubi  n try la kat umah..mula2 aku letak air skit dan tepung plak bnyak macam nk wat cekodok..gaul2 pastu ada mende pelik berlaku kat adunan tu..dia jadi keras tapi luaran nmpak lembut..aku saran korang test la..pastu masak kat dalam kuali panas..errmmm nampak macam nak jadi, last2 jadi kueh aku nyew gam..hampeh nyew resepi..

esoknya tanpa putus asa aku search lg resepi yg betul3 punya..bnyak gak page aku jmpe resepi yg sama ngan atas..aku mule naik angin tapi cuba gak cari smpai la trjmpe satu blog cerita pasal nk lkat plaster dinding...aku bace la smpai abis..katenye pke gam plaster dinding x lekat so dia pon buat la gam kanji..

"Ni la pengganti gam tadi, sib bek la ada sorang kawan dalam fesbuk dok kongsi camana dia gam kertas dinding. Hah ko guna jer gam kanji, masak sendiri jer, melekat kuat. Murah jer sebungkus tepung ubi kayu baru RM1.60 je ko, menangis la kalau kilang gam tau ni....muahahahah... Senang je buat gam kanji ni air 500ml pastu 4 sudu tepung ubi masak la sampai masak....dah siap leh makan...eh eh guna untuk menampal kertas dinding tadi...."

aku pon try la..ikut setiap step yg dia tulis sbb takut fail lg..
Alhamdulillah kali berjaya dengan success nya..hahaha, kecoh satu rumah macam ayam bertelur riuh sekampung..dan aku mulalah menampal surat khabar lama tu jadi kerusi..

Saturday, 15 December 2012

Suasana Mekah Al-Mukarramah

Saksikan suasana di Al Makkah Al Mukarramah di awal bulan Safar 1434 Hijrah. Snapshot diambil pada waktu zohor 2 Safar 1434. Suasana lengang. Tonton suasana di Makkah LIVE klik sini..

Belajar Bahasa Korea (Asas Bertegur dan Perbualan)

 Di sini ialah beberapa perkataan dan ungkapan yang berguna dalam setiap kehidupan seharian





Perkara Ghaib Yang Perlu Kita Ketahui

Assalamualaikum..

Saya ingin berkongsi ilmu yang amat penting untuk semua umat Islam dimuka bumi ini.Harap dapat luangkan masa untuk membaca dan mengambil iktibar dan pengajaran dari pengisian tersebut..Selamat membaca semua..

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat y
ang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Kredit : Pengukir Kata

First Experience Amik Lesen




Assalamualaikum semua..
15/12/2012  
Hati penuh dengan debaran sebab ari ni first time amik lesen..punya la awal bgun sebab klas start pukul 8.00 pg..siap2 dalam pkul 7.30 ingatkn awal lg, bru nak suap roti dalam mulut tiba2 bunyi hon..ingatkn sape..rupenya kereta dari pusat memandu dah ade kat dpan umah..kempunan nak sarapan pg ni..

Sesampai je kat tempat latihan kena daftar dulu(kerja plg leceh penah aku buat sbb kena beratur)..sampai je turn aku, ic aku wat penyakit dia plak..ic xleh scan oleh scanner yg pling tercanggih ditempat tu..akak kerani tu geram xtentu pasal n dia sruh aku beratur kat kaunter sbelah..Angin betoi aku pagi2 ni, dah la brisan panjang giler..SABOR JE LA..

Masuk je klas dah rmai pljar2 yang nak amik lesen..aq pon g la daftar kat meja dpan n duk kat dpan skli nak focus la ktekan..haha..bajet bes je..sejam setengah jugak la aku mentelaah ape yg disampaikan..sesi kedua plak menyusul n kena wat bende yg sama iaitu kne scan ic n cap jari..abis seme serapah aku bace kat ic supaya dapat scan..erm haramm xdapt jugak..last2 akak kerani tu pakai kad biru dia..nasib bek la lpas kali ni..(tekad lpas ni nak buat IC baru)

Sesi yang kedua test kenderaan n ckgu kat sana ajar cmne nak kendalikn kenderaan tu..seme pljr beri spnuh perhatian khusyuk la ktekan..pastu tiba la giliran aku plak nak bawak kenderaan tu..excited sangat2 sebab kawan2 seme citer pasal diaorang amik lesen..tgah2 aku wat latihan tu mati plak kenderaan tu..dah la kat tengah2 jalan plak tu..malu giler aku waktu, cepat2 aku hidupkan n follow arahan ckgu kat situ..yg pling aku xtahan nye dalam 3 ke 4 kali jgak la kenderaan aku tuu mati kat tgah jalan..mgkin sakit kot atau aku xreti kendalikan mende tu..haha

Dalam sejam setgah jugak la aku main ronda2 kat dalam tu..excited la ktekan..hahaha..bnyak jgak step yg kne ingat supaya nnt time test ngan JPJ x kelam kabut..selesai je latihan trus aku g cap jari n blah blik rumah..untuk pengetahuan korang lesen yang aku amik ni motor je pun..hahahahaha..malu siot..

Friday, 14 December 2012

Belajar Bahasa Korea


Sistem Nombor 


Dalam Bahasa Korea terdapat dua set nombor yang mana digunakan apabila pengiraan, set pertama diketahui sebagai nombor-nombor asli Korea, dan lagi satu ialah Sino-korean yang mana berdasarkan kepada nombor Cina.
Penggunaan nombor-nombor ini bergantung kepada konteks di mana ia digunakan, misalnya nombor-nombor asli Korea digunakan apabila pengiraan jam , dan Sino-korean apabila digunakan untuk mengira minit masa.

Uniknya, Korea asli hanya berada dalam lingkungan 1 – 99, kerana angka selepas itu menggunakan sistem no. Sino-Korea. Ini bermakna, Korea Asli tidak mempunyai sistem nombor selepas angka 99.


Korea Asli:
Untuk menyebut angka 11, ianya adalah열하나 (yeolhana).

Formula: 10 () + 1 (하나) = 11 (열하나)


Sino-Korea:
Untuk menyebut angka 32, ianya adalah
삼십이 (samship-i).

Formula: 3 () x 10 () + 2 ()