Thursday, 13 December 2012

Berita Di Palestin


Rundingan pertukaran merupakan jalan untuk membebaskan para tahanan GAZA




Ketua biro politik Hamas, Khaled Mishaal bertekad untuk membebaskan para tahanan Palestin dari penjara rejim Israel melalui penangkapan tentera Israel dan melaksanakan rundingan pertukaran tahanan.
Ia dinyatakan dalam ucapannya pada Ahad ketika mesyuarat bersama puluhan keluarga kepada tahanan, keluarga para syuhada, mereka yang cedera dan juga tokoh-tokoh kebangsaan di Gaza.
Mishaal menyeru semua pihak di Palestin agar mengambil tanggungjawab untuk mengakhiri perpecahan dan mencapai perdamaian berasaskan rasa hormat terhadap para pejuang Palestin, demikian katanya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/

Tentera Israel Musnah Rumah di Baitulmuqaddis dan Kemudahan Lain di Nablus




Sebuah rumah di kejiranan Tur dekat Wilayah diduduki, Baitulmuqaddis telah dirobohkan oleh sebuah jentolak tentera Israel, pada pagi Selasa atas alasan ia dibina tanpa permit dan telah memukul jurugambar Jerusalemite ketika sedang membuat liputan tentang kejadian tersebut.
Sumber tempatan memberitahu pemberita di kota suci tersebut, bahawa jentolak milik Majlis Perbandaran Israel di Baitulmuqaddis telah merobohkan banggunan dua tingkat yang berkeluasan 90 meter persegi, milik Mohammed Abu Hawa yang dikatakan dibina tanpa permit.
Sumber tersebut menyatakan pertempuran tercetus semasa proses merobohkan banggunan tersebut diantara penduduk tempatan dan tentera Israel yang mengiringi jentolak tersebut, namun tiada kecederaan dan tangkapan dilaporkan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/

No comments:

Post a Comment