Thursday 13 December 2012

Belajar Bahasa Korea



Sebutan Nama Korea
Secara umumnya, nama-nama orang Korea terdiri daripada 3 suku kata. Bahagian pertama ialah nama panggilan ( seperti Kim, Lee dan Pak ), dan di ikuti oleh nama sebenar dua suku kata. Dekat Korea, nama keluarga mesti sebut dulu yang mana bertentangan nama barat seperti Doojin Pak manakala Orang Korea sebut Pak Doojin.
Bila anda memanggil kepada seseorang yang anda sangat kenal, maka anda mungkin boleh memanggil mereka secara terus, seperti menggunakan nama panggilan mereka. Namun ketika anda memperkenalkan kepada seseorang dengan yang tak rapat, atau bertemu buat kali pertama, maka anda akan menambah ssi bagi penghujung namanya. Contohnya Doojin-ssi

Ayat-ayat Sopan
Dengan hujung kata kerja yang berakhir  dengan huruf-huruf vokal seperti ka, ha dan sa, anda perlu dengan menambahkan yo bagi penghujung perkataan, seperti Kayo ( yang bermaksud "pergi", atau "Saya pergi" atau "dia pergi" ). Kata kerja dalam gaya bersopan boleh digunakan untuk ayat kenyataan, soalan, cadangan atau perintah, dan boleh ditekankan oleh nada suara anda. Misalnya, Chal Chinaessoyo boleh jadi soalan dengan bertanyakan bagaimana kesihatan seseorang, atau  satu soalan yang menyatakan bahawa anda sihat. Satu lagi contoh ialah Annyong Haseyo.

No comments:

Post a Comment