Thursday 13 December 2012

Waktu Yang Sesuai Untuk Memotong Kuku....



RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ; 

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
 

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
 

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
 

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
 

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
 

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
 

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk 

kepadanya rahmat daripada Allah Taala.



  1. Mulakan memotong kuku dengan jari tangan kanan dan kemudian diikuti dengan jari tangan sebelah kiri, mengikut tertib.Islam memberatkan amalan tertib supaya usaha yang dibuat menjadi, berkualiti dan dapat memberi khasiat. 'Tertib' bermaksud melakukan mengikut peraturan, iaitu perkara yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan. Contohnya, jika kita menggoreng ikan, kita akan tuang minyak terlebih dahulu, kemudian bila dah panas minyak barulah masukkan ikan...Apa jadi kalau tak ikut peraturan, masuk ikan dahulu baru tuangkan minyak? Sudah pasti hasilnya tak menjadi.

  2. Cara memotong kuku tangan dan kuku kaki yang dituntut dalam Islam adalah seperti gambar Pilihan A atau Pilihan B. Sangatlah elok jika kita dapat meluangkan masa sejenak untuk merujuk dan membaca gambarajah di atas, apakah amalan yang kita lakukan selama ini serupa atau tidak. Itulah yang saya belajar dari Ustazah Datin Aminah di Masjid Al Falaq, Subang Jaya. Kalau tak silap saya, buku rujukan yang digunakannya ialah Bingkisan Mutiara. Selama ni tak berapa nak ambil berat sangat tentang kaedah potong kuku ni....tapi rupanya ada fadilat yang tersirat. Apa2pun kenalah berhijrah lepas ni.

  3. Kaedah2 yang ditunjukkan tu harus menjadi amalan dalam kehidupan kita umat Islam supaya kita sentiasa dipelihara oleh Allah di dalam keselamatan dan dijauhi dari kepapaan, pelbagai penyakit seperti sopak, gila dan sakit mata.

  4. Makruh menyimpan kuku panjang walaupun satu jari. Kuku yang panjang masih tidak dikira suci dan bersih kerana di situlah tempat syaitan bertenggek dan melindungi diri. Jika jari tak bersih bermakna seluruh badan kita masih belum dianggap bersih. Malaikat akan turun mendekati manusia sekiranya tubuh badan manusia itu bersih. Renung2kanlah diri kita ni ...

  5. Lakukan memotong kuku seminggu sekali, sebaik2nya pada hari2 tertentu sahaja. Kelebihannya adalah untuk mendapat pahala dan menghindari diri dari sebarang penyakit kecuali sakit mati. 

2 comments:

  1. Tolong padam content ini kerana maklumat salah. Ulama berpendapat bahawa hukum memotong kuku pada hari2 tertentu tidak benar dan tidak ada hadis sahih tentang hal itu. Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhabi mohon pergi jauh-jauh. terima kasih.

      Delete